Aku adalah seorang hamba Allah yang dilahirkan pada 12 hb Februari 1991 di kuala terengganu..Aku dilahirkan oleh ibuku, Maimon dan disambut dengan seruan azan oleh ayahku, Mohamed.11 adalah angka keseluruhan adik beradikku.aku berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.Oleh itu,aku telah diberi kepada keluarga angkat yang telah membesarkan dan mendidik aku sejak umurku 3 hari sehingga ke hari ini.Aku bersyukur dan redha atas ketentuan dan kehendak Allah terhadap diriku.Segal yang berlaku ke atas diriku penuh dengan hikmahnya.Aku menetap dengan keluarga angkatku di terengganu,kemudian ayah dipindahkan ke sabah kerana dinaikkan pangkat.selama 6 tahun kami menetap di situ.Banyak memori indah yang tidak dapat aku lupakan kerana aku banyak teman sepermainan ketika di sabah.Aku tidak pernah bertadika seperti teman-temanku yang lain kerana aku takut pergi kesekolah.Cukup sekadar penndidikan asas yang diajar oleh ayah dan mak.Alhamdulillah,ketika umurku 7 tahun,aku dan keluarga berpindah ke johor bahru.Johor bahru merupakan tempat aku memulakan era pendidikan formalku.Ketika darjah 4,aku telah mula bermain ragbi,banyak pengalaman yang tidak dapat aku lupakan keran aku telah mewakili johor ketika berusia 12 tahun ke peringkat kebangsaan di Labuan.Keputusan UPSR ku amat memuaskan hati kedua ibu bapaku.Aku telah memperolehi 4A 1B.Kemudian aku ditawarkan ke sekolah premier di Johor Bahru dan sekolah itu antara sekolah elit di negeriku.English College,sekolah menengah yang paling lame di Johor bahru.Sekolah lelaki memang berbeza dengan sekolah harian biasa.Kami mudah bersatu dan bergaduh.Banyak hal yang dijadikan isu semasa.Lagi-lagi hal perempuan.Hangat suasana jika ada pelajar perempuan yang datang ke sekolah kami.jarak rumahku ke sekolahku agak jauh.5.30 pagi waktuku bangkit untuk ke sekolah,dan 8.00 malam waktuku sampai ke rumah.Cukuplah sehingga tingkatan 3,aku memperoleh 7A 1B dalam keputusan PMR ku..Tiada hadiah yang bermakan buat kedua ibu bapaku melainkan kejayaan anak-anak.Slepas itu.aku meneruskan pembeljaranku di MRSM Alor Gajah.Pertama kali aku menjauhkan diri dari keluarga.Mak menangis kerana aku mula belajr berdikari.Lucu pengalaman ini jika diimbas kembali.Apa yang hendak aku katakan,tak kira di mana sekalipun kita belajar,semua tempat adalah sama sahaja.Pemikiran sahaja yang memainkan peranan.Diriku tidak menentu ketika di MRSM.Aku mula tertekan dengan pelajaran,konflik dengan diri sendiri,sampai tidak terkawal masa,tidur dalam kelas, dan macam-macam lagi.Alhamdulillah aku berjaya menempuh waktu-waktu genting itu sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 5A 4B.Aku adalah anak bongsu dalam kalangan adik beradikku.Aku dalah antara yang terbaik dalam pelajaran.Ayah adalah inspirasiku untuk berjaya.Ayah adalah seorang yang luar biasa bagiku.Pengalaman hidupnya sungguh banyak.Ayah hebat dalam bidang perakaunan.Semua abang dan kakaku melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan perakaunan.Kecuali aku.Ayah dan Mak pada awalnya hanya mengglakakn ku menyambung pelajranku dalam bidang perakaunan selepas melihat keputusanku yang tidak mampu meneruskan ke bidang kedoktoran dan kejuruteraan.Sebenarnya,aku tidak mempunyai cita-cita yang tetap dalam hidupku.Aku pun tidak memahami kenapa aku bersikap sedemikian.Aku telah berfikir masak-masak untuk mengambil bidang senibina.Kenapa aku mengambil senibina?biarlah persoalan itu terus berlegar di kepalaku.Mungkin aku harus belajar untuk memahami dan bukan untuk gred dan hafalan semata-mata.aku juga perlu mengenali diriku dengan lebih mendalam lagi..Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang aku tidak ketahui.UITM Seri Iskandar temapt aku dikenalkan dengan istilah SENIBINA.3 semester yang telah aku lalui.Ilmu yang aku perolehi amatlah sedikit aku rasakan.Mungkin kurangnya usaha dan pendedahan,aku sentiasa di kalangan yang biasa.Aku terima keaadaan ini dengan hati yang terbuka.Mungkin belum waktunya lagi untuk aku berfikir lebih jauh lagi dan memahami lagi erti mencipta.
No comments:
Post a Comment