MASJID DEMAK
KENAPA MASJID-MASJID DI INDONESIA KEBANYAKANNYA MEMPUNYAI 3 ARAS PADA BAHAGIAN BUMBUNG:
Menurut sumber yang diperoleh,Masjid Demak merupakan masjid tertua dipulau jawa dan antara masjid yang tertua yang pernah dibina di Nusantara.Didirikan oleh para 9 wali atau wali Songo.Senibinaya yang mempunyai maksud-maksud yang tersirat menjadikan masjid Demak ini istimewa.Material utama pembinaan masjid demak ini adalah dari kayu.
Atap yang bersusun 3 menjadi lambang bagi setiap orang beriman,iaitu bermula dari tahap MUSLIM,MUKMIN,DAN MUHSIN....Apa yang dimaksudkan dengan MUSLIM?tahap pertama ini menunjukkan orang-orang Islam iaitu mereka-mereka yang melaksanakan rukun Islam.MUKMIN pula merupakan orang-orang Islam yang beriman dengan rukun Iman.MUHSIN pula merupakan orang-orang Islam yang melakukan kebaikan dan benci kepada maksiat seperti benci dicampakkan ke dalam api neraka.Jadi di sini,senibina ini telah mengaplikasikan HIERARKI pada bumbungnya dan maksud disebalik bumbung itu amatlah mendalam sekali.
No comments:
Post a Comment