Apakah itu 'Dougong'?adakah ia sejenis binatang?Tidak sama sekali.Mengikut sumber,Dougong adalah satu sistem tanggam yang telah lama diperkenalkan sewaktu zaman dinasti Tang.Ia merupakan antara elemen yang penting dalam tradisi senibina Cina.Apabila berkata tentang senibina cina,kebiasaanya elemen yang biasa digunakan adalah haiwan-haiwan seperti naga,burung kasawari,elemen manusia.Warna-warna seperti merah,kuning telah mendai identiti pada senibina cina ini.Berbali pada Dougong,apa yang menarik mengenai Dougong ini adalah,pengulangan sistem tanggam yang berulang-ulang telah manjadikan sistem ini kuat dan kukuh.ada yang sesetengahnya begitu besar dan panjang.Fungsinya adalah untuk menyambungkan tiang dan bumbung pada sesebuah bangunan.Antara bangunan-bangunan penting di cina pada waktu dahulu yang menggunakan sistem dougong ini adalah Istana raja,tempat ibadat dan rumah-rumah.Sistem pembinaan yang diamalkan di cina adalah sistem rangka kayu.Fungsi dougong adalh untuk menyokong palang melintang dan bumbung.Lama kelamaan,semakin banyak dekorasi yagn ditambah pada Dougong ini.semakin lama,semakin terperinci seninya.
Jadi,pada World Expo 2010 yang diadakan di cina pada tahun ini,Pavilion cina telah mengambil idea dari Dougong.
Sunday, October 17, 2010
Saturday, October 16, 2010
MANDALA
Asalnya MANDALA adalah dari agama hindu dan buddha.Mengikut bahasa Sanskrit,mandala beerti 'BULATAN'.Mandala merupakan seni kudus dan tradisi agama hindu dan buddha.Bentuk asas bagi mandala adalah bentuk segi empat tepat dan terkandung bulatan yang merupakan titik fokus dalamnya.Bagi agama buddha,mereka telah manjadikan seni kudus ini sebagai meditasi dengan memperkembangkan seni ini sebagai PEWARNAAN PASIR.Hal ini adalah untuk meningkatkan fokus pada agama.Mandal mempunyai pelbagai maksud dalam setiap corak-coraknya.Ia menyentuh aspek rohani dan metafizik kosmos.Mengikut kepercayaan agama hindhu dan buddha ini,Mandala menghubungkan kerja yang menyeluruh dengan personaliti diri.Biasanya Mandala menjadi rujukan pelan,corak geometrik dan carta sebagai simbolik atau metafizik kosmos pada perspektif manusia.Antara contoh corak Mandala:
Tuesday, October 5, 2010
ARSITEKTUR
MASJID DEMAK
KENAPA MASJID-MASJID DI INDONESIA KEBANYAKANNYA MEMPUNYAI 3 ARAS PADA BAHAGIAN BUMBUNG:
Menurut sumber yang diperoleh,Masjid Demak merupakan masjid tertua dipulau jawa dan antara masjid yang tertua yang pernah dibina di Nusantara.Didirikan oleh para 9 wali atau wali Songo.Senibinaya yang mempunyai maksud-maksud yang tersirat menjadikan masjid Demak ini istimewa.Material utama pembinaan masjid demak ini adalah dari kayu.
Atap yang bersusun 3 menjadi lambang bagi setiap orang beriman,iaitu bermula dari tahap MUSLIM,MUKMIN,DAN MUHSIN....Apa yang dimaksudkan dengan MUSLIM?tahap pertama ini menunjukkan orang-orang Islam iaitu mereka-mereka yang melaksanakan rukun Islam.MUKMIN pula merupakan orang-orang Islam yang beriman dengan rukun Iman.MUHSIN pula merupakan orang-orang Islam yang melakukan kebaikan dan benci kepada maksiat seperti benci dicampakkan ke dalam api neraka.Jadi di sini,senibina ini telah mengaplikasikan HIERARKI pada bumbungnya dan maksud disebalik bumbung itu amatlah mendalam sekali.
Sunday, October 3, 2010
ME, MYSELF & I
Aku adalah seorang hamba Allah yang dilahirkan pada 12 hb Februari 1991 di kuala terengganu..Aku dilahirkan oleh ibuku, Maimon dan disambut dengan seruan azan oleh ayahku, Mohamed.11 adalah angka keseluruhan adik beradikku.aku berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.Oleh itu,aku telah diberi kepada keluarga angkat yang telah membesarkan dan mendidik aku sejak umurku 3 hari sehingga ke hari ini.Aku bersyukur dan redha atas ketentuan dan kehendak Allah terhadap diriku.Segal yang berlaku ke atas diriku penuh dengan hikmahnya.Aku menetap dengan keluarga angkatku di terengganu,kemudian ayah dipindahkan ke sabah kerana dinaikkan pangkat.selama 6 tahun kami menetap di situ.Banyak memori indah yang tidak dapat aku lupakan kerana aku banyak teman sepermainan ketika di sabah.Aku tidak pernah bertadika seperti teman-temanku yang lain kerana aku takut pergi kesekolah.Cukup sekadar penndidikan asas yang diajar oleh ayah dan mak.Alhamdulillah,ketika umurku 7 tahun,aku dan keluarga berpindah ke johor bahru.Johor bahru merupakan tempat aku memulakan era pendidikan formalku.Ketika darjah 4,aku telah mula bermain ragbi,banyak pengalaman yang tidak dapat aku lupakan keran aku telah mewakili johor ketika berusia 12 tahun ke peringkat kebangsaan di Labuan.Keputusan UPSR ku amat memuaskan hati kedua ibu bapaku.Aku telah memperolehi 4A 1B.Kemudian aku ditawarkan ke sekolah premier di Johor Bahru dan sekolah itu antara sekolah elit di negeriku.English College,sekolah menengah yang paling lame di Johor bahru.Sekolah lelaki memang berbeza dengan sekolah harian biasa.Kami mudah bersatu dan bergaduh.Banyak hal yang dijadikan isu semasa.Lagi-lagi hal perempuan.Hangat suasana jika ada pelajar perempuan yang datang ke sekolah kami.jarak rumahku ke sekolahku agak jauh.5.30 pagi waktuku bangkit untuk ke sekolah,dan 8.00 malam waktuku sampai ke rumah.Cukuplah sehingga tingkatan 3,aku memperoleh 7A 1B dalam keputusan PMR ku..Tiada hadiah yang bermakan buat kedua ibu bapaku melainkan kejayaan anak-anak.Slepas itu.aku meneruskan pembeljaranku di MRSM Alor Gajah.Pertama kali aku menjauhkan diri dari keluarga.Mak menangis kerana aku mula belajr berdikari.Lucu pengalaman ini jika diimbas kembali.Apa yang hendak aku katakan,tak kira di mana sekalipun kita belajar,semua tempat adalah sama sahaja.Pemikiran sahaja yang memainkan peranan.Diriku tidak menentu ketika di MRSM.Aku mula tertekan dengan pelajaran,konflik dengan diri sendiri,sampai tidak terkawal masa,tidur dalam kelas, dan macam-macam lagi.Alhamdulillah aku berjaya menempuh waktu-waktu genting itu sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 5A 4B.Aku adalah anak bongsu dalam kalangan adik beradikku.Aku dalah antara yang terbaik dalam pelajaran.Ayah adalah inspirasiku untuk berjaya.Ayah adalah seorang yang luar biasa bagiku.Pengalaman hidupnya sungguh banyak.Ayah hebat dalam bidang perakaunan.Semua abang dan kakaku melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan perakaunan.Kecuali aku.Ayah dan Mak pada awalnya hanya mengglakakn ku menyambung pelajranku dalam bidang perakaunan selepas melihat keputusanku yang tidak mampu meneruskan ke bidang kedoktoran dan kejuruteraan.Sebenarnya,aku tidak mempunyai cita-cita yang tetap dalam hidupku.Aku pun tidak memahami kenapa aku bersikap sedemikian.Aku telah berfikir masak-masak untuk mengambil bidang senibina.Kenapa aku mengambil senibina?biarlah persoalan itu terus berlegar di kepalaku.Mungkin aku harus belajar untuk memahami dan bukan untuk gred dan hafalan semata-mata.aku juga perlu mengenali diriku dengan lebih mendalam lagi..Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang aku tidak ketahui.UITM Seri Iskandar temapt aku dikenalkan dengan istilah SENIBINA.3 semester yang telah aku lalui.Ilmu yang aku perolehi amatlah sedikit aku rasakan.Mungkin kurangnya usaha dan pendedahan,aku sentiasa di kalangan yang biasa.Aku terima keaadaan ini dengan hati yang terbuka.Mungkin belum waktunya lagi untuk aku berfikir lebih jauh lagi dan memahami lagi erti mencipta.
Subscribe to:
Posts (Atom)