Pages

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0

"JADILAH SANG PENCATUR,BUKAN YANG DICATURKAN"
Ungkapan di atas sebagai pembuka kata bagi pendapat saya mengenai isu hangat di Tanah Melayu ketika ini iaitu mengenai 'BERSIH V.2.0' ini.Perhimpunan ini mungkin ada tujuan yang tersirat dan yang tersurat yang mungkin diketahui atau tidak oleh semua umat di atas Tanah Nusantara ini.Jadi bagi sang pencatur itu tentulah mempunyai strategi yang licik bagi menawan Raja itu dengan langkah-langkah yang tertentu.Apa kaitannya permainan catur dan isu ini?Kita sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras ini perlulah membuat keputusan yang tepat dan tidak melulu.Ambiga,nama besar bagi isu ini.mengapa manusia-manusia ini perlu mencanang idea ini dalam minda kita?kita fikirkan sejenak,mengapa zaman Islam dahulu ada majlis syura,bukannya perhimpunan beramai-ramai.Adakah majlis syura itu kerajaan atau majlis yang di mana ahli-ahli bijak pandai memilih kerajaan?adakah majoriti rakyat tidak mentaati pemimpin merak.Sejarah pasti berulang lagi jika kita tidak mengenal sejarah.Semua berpunca dari idea penjajah yang mengajar DEMOKRASI.Sperti sedia maklum,Tanah Berkat ini dahulunya dipimpin oleh Sultan yang berdaulat.Kerana penjajahlah minda kita dijajah sehingga sekarang.Tidak salah jika melakukan perhimpuna yang KONONNYA BERSIH TAHAP 2.0 ini jika diketuai oleh ketua yang tahu tentang sejarah Tanah Berkat ini.Bagi saya suara rakyatlah yang paling kuat sekarang ini.Jika ini yang mereka mahukan, teruskan dan kita yang dicatur mungkin berasa puas, tapi apakah kesudahan dan hasilnya selepas perhimpunan ini?adakah mereka tidak serasi dengan keaadan negara yang boleh dikatakan boleh cari makan ini?Allah menjadikan manusia untuk bersyukur dengan ketentuannya.Untuk umat islam, berpegang pada 5 dan 6 rukun itu menjadi kewajipan bagi DIRINYA.Bagaimana kita tidak dipandang TERRORIST jika tindak tanduk kita menjurus ke arah itu.seperti yang berlaku di bangkok,rakyat yang begitu taksub kepada pemimpin mereka,sanggup bertumpah darah demi ketua mereka,tapi lihatlah hasilnya.ADIK pemimpin itu sendiri yang naik.ini kerana sistem MAJORITI yang diajar oleh PENJAJAH.Jika kesan dari perhimpunan ini membawa IMPAK yang negatif,mengapa kita harus lakukan.Akhir kata dari saya, berfikir sebelum bercakap dan bertindak dan jangan menyesal di kemudian hari.

"SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA"